feedburner

--MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR--
KPTM IPOH SESI 2010
--blog still under construction--

LAPORAN AKTIVITI - Lawatan ke Medan, Indonesia.

Labels:

Salam kepada semua pelajar KPTM Ipoh.
Kami memohon maaf kerana sudahlama tidak mengemaskini laman blog MPP KPTM KCI ini. Hal ini kerana kami agak sibuk dgn beberapa aktiviti yang menuntut perhatian serta fokus dalam menjayakan aktiviti serta program yang telah diatur yg kami sertai. Berikut adalah program/aktiviti yang telah kami sertai sepanjang cuti semester ini.

1) Lawatan Sambil Belajar (Laslabel) ke Medan, Indonesia.
15 - 17 Mei 2009
Idea untuk mengadakan lawatan ke Medan ini telah dicetuskan oleh ayahanda Rektor, Dato' Razali Agus. Lawatan yang pertama kali seumpamanya diadakan ini memberi peluang kepada barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) setiap kampus cawangan KPTM seluruh Malaysia untuk merasai serta berkongsi idea, pandangan atau pengalaman bersama siswazah di negara seberang tersebut.
Seramai 4 orang wakil MPP KPTM Ipoh dan seorang pengiring iaitu Pn. Norizan (Eksekutif HEP) telah menyertai lawatan selama 3 hari ini. Kami bertolak dari Ipoh bersama delegasi dari KPTM Alor Setar menaiki van kolej ke LCCT pada jam 3 pagi 15 Mei (Jumaat).Penerbangan ke Medan hanya memakan mase tidak sampai 1 jam. Rombongan KPTM telah dibawa melawat ke beberapa tempat seperti :


*Koperasi Perguruan Tinggi Swasta (KOPERTIS) wilayah Sumatera Utara.
Ianya adalah sebuah maktab perguruan swasta disini dan jika di Malaysia lebih kurang seperti Kementerian Pendidikan Tinggi Swasta. Di sini kami telah diberi taklimat berkenaan sistem pembelajaran di Indonesia serta beberapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun. Taklimat ringkas tersebut telah disampaikan dengan begitu mesra oleh Tuan Pengarah Institut itu.




*Universitas Sumatera Utara (USU)
Di universiti ini kami telah diberi peluang untuk berdialog bersama Majlis Permahasiswaan Pelajar (Majlis Perwakilan Pelajar universiti itu). beberapa ketua ataupun wakil setiap fakultas ( fakulti) telah menyertai sesi forum ini. Beberapa isu telah diutarakan oleh delegasi KPTM Malaysia seperti misi atau visi Majlis Pelajar di sana serta aktiviti yang dijalankan. Sememangnya sesi dialog seperti ini adalah baik kerana kami dapat bertukar-tukar idea serta berdebat dan memberi buah fikiran dari 2 institusi berbeza negara ini.

* Universitas Muslim Nusantara, Al-Washliyah (UMN)
Jarak antara hotel penginapan kami ke UMN tidaklah jauh, cuma jalan untuk mask ke sana kurang baik keadaan jalannya. tetapi kami terharu apabila tiba di sana, kami disambut dengan begitu bersemangat sekali oleh para pelajar di sana. Seperti di USU, kami juga berdialog & berforum di UMN ini. UMN, jika di Malaysia boleh diumpamakan seperti UIA, kerana ianya adalah institusi bercirikan islamik. walaupun keadaan infrastruktur disana tak seperti apa yang ada di Malaysia, tetapi semangat mereka untuk belajar harus dicontohi.


* Hotel Danau Toba International
tempat penginapan delegasi KPTM Malaysia. Hotel ini terletak di pusat bandar Medan. di sekitar kawasan hotel ini juga terletak beberapa pasaraya terkemuka disana. Kami juga mengambil peluang untuk menaiki pengangkutan awam yang terdapat disini yang dikenali dengan "Becak" (seperti beca tapi bermotor).


* Istana Raja Maimun
Kami telah dibawa melawat istana bersejarah yang menjadi salah satu mercu tanda sejarah di Medan. Istana ini telah dibina oleh Sultan Medan, sejarah kesultanan Medan juga ada kena mengena dengan kesultanan di negara kita. terdapat beberapa artifak tinggalan yang dipamerkan disini seperti balairung seri, pakaian tradisional & sebagainya.


* Pasar Ikan
Shopping time!! nama sahaja pasar ikan, tiada satu pun ikan yang dijual disini. Ianya lebih kurang pasar borong untuk pelbagai jenis kain & pakaian. Memang pening kepala nak memilih jenis kain yang terbaik disini sebab terdapat macam-macam pilihan yang cantik. Semua orang mengambil peluang ini untuk memborong segala macam barangan yang dijual di sini seperti kain batik, kain sarung telekong dan lain-lain.


Selama 3hari di Medan, Indonesia, sememangnya memberi kenangan berharga kepada kami semua. walaupun ada kesukaran dari segi bahasa Indonesia yang agak kurang difahami tetapi itu bukan penghalang untuk kami merasai pengalaman serta mengenali budaya hidup disana. Dapat dilihat dimana sahaja kami perhgi pasti ada anak-anak kecil yang datang meminta sesuatu, seperti meminta sedekah & keadaan infrastruktur yang agak kurang baik disana.seharusnya kita patut bersyukur. sepanjang berada disana juga kami dilayan dengan ramah oleh pemandu pelancong disana, "Pak Yan".
Kami bertolak pulang ke Malaysia pada jam 11.30malam (waktu Indo) & tiba di LCCT tak sampai sejam selepas itu.



0 comments:

Post a Comment