feedburner

--MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR--
KPTM IPOH SESI 2010
--blog still under construction--

Taklimat

Labels:

PERHATIAN!!!

Berikut adalah program yang bakal berlangsung bulan ini ;


1) KURSUS FASILITATOR KPTM
tarikh : 22-24 Mei 2009 (Jumaat-Ahad)
tempat : Kem Ar-Raudhah, Pangkor.

Kem ini bertujuan untuk melatih bakal fasilitator berkenaan modul-modul aktiviti dalam kumpulan.
Bakal fasilitator ini akan dilantik untuk menjadi fasilitator semasa minggu orientasi KPTM nanti, di mana segala apa yang telah diajarkan kepada mereka akan diadaptasikan kepada para pelajar baru semasa minggu orientasi tersebut. Selain itu, kursus ini dapat melatih keyakinan serta semangat bekerja dalam kumpulan kepada para peserta kursus yang terdiri daripada para pelajar semua kampus cawangan KPTM seluruh Malaysia.

pakaian: para peserta perlu membawa pakaian yang bersesuai dengan aktiviti seperti baju tshirt, seluar track bottom, kasut sukan. Pakaian mestilah mematuhi tatacara pemakaian KPTM, (t-shirt berkolar (lelaki, t-shirt lengan panjang, perempuan). kuantiti pakaian adalah mengikut kesesuaian serta keperluan individu.

Pelajar dari KPTM Ipoh yang menyertai program ini adalah seramai 20 org (10 lelaki, 10 perempuan), akan diiringi oleh Eksekutif HEP, Pn.Norizan & Kaunselor, Cik Putri Nur Hanisah.




2) PENDAFTARAN PELAJAR BARU & MINGGU ORIENTASI
tarikh : 26-30 Mei 2009 (Selasa-Sabtu)
tempat : KPTM Ipoh & Asrama baru di Rapat Setia.


Seperti yang telah diketahui, pendaftaran pelajar baru KPTM Ipoh akan berlangsung pada 26 Mei 2009 (Selasa, 9.00 pg - 12.00 tghr). Selepas Pendaftaran, di sebelah petang pula, Orientasi akan berlangsung.
Untuk makluman, pihak kolej mensasarkan pengambilan kali ini adalah seramai 400 orang.
aktiviti-aktiviti sepanjang minggu orientasi ini adalah sepenuhnya akan dikendalikan oleh fasilitator yang dihantar ke kursus fasilitator itu serta akan dibantu oleh jurulatih-jurulatih (pensyarah) yg lain.
Kerjasama yang jitu adalah amat diperlukan daripada kalian semua.


***Sehubungan dengan itu, sesi taklimat akan berlangsung pada 21 Mei 2009 (Khamis) di bilik MPP KPTM Ipoh pada pukul 2.00 ptg. Maklumat mengenai semua program diatas akan di beritahu dengan lebih lanjut & terperinci.
Semua yang terlibat perlu hadir!


*** kami juga memerlukan seramai 15 orang lagi sebagai tambahan untuk menjadi fasilitator serta 'runner' semasa program pendaftaran & orientasi berlangsung. sesiapa yang berminat, bolehlah berhubung dengan semua ahli MPP atau melalui medium multimedia yang telah kami sediakan seperti blog ini sendiri, myspace,forum serta e-mail MPP KPTM Ipoh.



sekian, HARAP MAKLUM.
presiden.

0 comments:

Post a Comment