feedburner

--MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR--
KPTM IPOH SESI 2010
--blog still under construction--

Taklimat

Labels:

PERHATIAN!!!

Berikut adalah program yang bakal berlangsung bulan ini ;


1) KURSUS FASILITATOR KPTM
tarikh : 22-24 Mei 2009 (Jumaat-Ahad)
tempat : Kem Ar-Raudhah, Pangkor.

Kem ini bertujuan untuk melatih bakal fasilitator berkenaan modul-modul aktiviti dalam kumpulan.
Bakal fasilitator ini akan dilantik untuk menjadi fasilitator semasa minggu orientasi KPTM nanti, di mana segala apa yang telah diajarkan kepada mereka akan diadaptasikan kepada para pelajar baru semasa minggu orientasi tersebut. Selain itu, kursus ini dapat melatih keyakinan serta semangat bekerja dalam kumpulan kepada para peserta kursus yang terdiri daripada para pelajar semua kampus cawangan KPTM seluruh Malaysia.

pakaian: para peserta perlu membawa pakaian yang bersesuai dengan aktiviti seperti baju tshirt, seluar track bottom, kasut sukan. Pakaian mestilah mematuhi tatacara pemakaian KPTM, (t-shirt berkolar (lelaki, t-shirt lengan panjang, perempuan). kuantiti pakaian adalah mengikut kesesuaian serta keperluan individu.

Pelajar dari KPTM Ipoh yang menyertai program ini adalah seramai 20 org (10 lelaki, 10 perempuan), akan diiringi oleh Eksekutif HEP, Pn.Norizan & Kaunselor, Cik Putri Nur Hanisah.




2) PENDAFTARAN PELAJAR BARU & MINGGU ORIENTASI
tarikh : 26-30 Mei 2009 (Selasa-Sabtu)
tempat : KPTM Ipoh & Asrama baru di Rapat Setia.


Seperti yang telah diketahui, pendaftaran pelajar baru KPTM Ipoh akan berlangsung pada 26 Mei 2009 (Selasa, 9.00 pg - 12.00 tghr). Selepas Pendaftaran, di sebelah petang pula, Orientasi akan berlangsung.
Untuk makluman, pihak kolej mensasarkan pengambilan kali ini adalah seramai 400 orang.
aktiviti-aktiviti sepanjang minggu orientasi ini adalah sepenuhnya akan dikendalikan oleh fasilitator yang dihantar ke kursus fasilitator itu serta akan dibantu oleh jurulatih-jurulatih (pensyarah) yg lain.
Kerjasama yang jitu adalah amat diperlukan daripada kalian semua.


***Sehubungan dengan itu, sesi taklimat akan berlangsung pada 21 Mei 2009 (Khamis) di bilik MPP KPTM Ipoh pada pukul 2.00 ptg. Maklumat mengenai semua program diatas akan di beritahu dengan lebih lanjut & terperinci.
Semua yang terlibat perlu hadir!


*** kami juga memerlukan seramai 15 orang lagi sebagai tambahan untuk menjadi fasilitator serta 'runner' semasa program pendaftaran & orientasi berlangsung. sesiapa yang berminat, bolehlah berhubung dengan semua ahli MPP atau melalui medium multimedia yang telah kami sediakan seperti blog ini sendiri, myspace,forum serta e-mail MPP KPTM Ipoh.



sekian, HARAP MAKLUM.
presiden.

Disappointed or Satisfied..???

Labels:

disappointed or satisfied..???
persoalannya kini sudah terjawab...
misteri sudah terungkai..
xgune dikesali...
xperlu diragui..
jgn ade rase was2...
sebab sumenye dah termaktub & muktamad...
rayuan xkan dilayan..
tiada budi bicara dlm soal ni...

hahahaha...
akhirnya...
penantian selame sebulan telah tiba..
RESULT EXAM tlh terpapar dgn megahnya di lmn web kolej...

http://ipoh.kptm.edu.my/result.php

tahniah pade yg berjaye...
takziah pade yg kurg bernaseb baek...
yg result "cemerlang", jgn terlalu berpuas hati...
kelak nnt memakan diri..
yg "kureng cemerlang", jgn risau rezeki Allah sape tau kn..
kot2...sem dpn naek pointer 2...
hehehe (ayat pasrah+redha)...
kuatkan usaha...

tp...
klu suspended cm ne..??
lu pikir la sndri...!!!
renung sejenak ke mase lampau..
ade hutang belum langsai..??
buku kat library da pulangkn..??
kunci loker ade simpan ke..??
rase2 ade "hidden" kompaun ke..??
hehehe...
baek korg pejam mate.. pastu ingat balek..
pe yg sebenar2nye terjadi sem lps...

xpe sem dpn ade lg...
cubelah sedaya upaye..
usaha lebih sket...
jgn byk maen... fokus dlm kls..
assignment + projek 2 anto la..
klu bley submit ikot tarikh yg diminta..
jgn SELALU PONTENG KELAS..
jgn DTG LEWAT..
coursework jage.. 2 PENTING gak...

peraturan 2 kene la follow..(hahaha plg xley bla...!!)

xpe2... sem baru akan bermula xlame lg..
sbln lbey je lg..(bln 7)..
enjoy la dulu cuti 2 yew..
wahai kawan2 sekalian..

lg skali renung2 kn...
dissapointed or satisfied...???
or maybe SUSPENDED..???!!
oopss....

sekian.
salam sejahtera.


mempersembahkan....

Labels:

---BLOG RASMI---

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KOLEJ POLY-TECH MARA
KAMPUS CAWANGAN IPOH
SESI 2009

Salam kepada semua pengunjung terutamanya kepada para pelajar
KOLEJ POLY-TECH MARA IPOH.
Barisan kepimpinan MPP kolej sedang melancarkan
blog rasmi MPP KPTM KCI.

Tujuan kami membina laman blog ini adalah :

- Sebagai medium perantara pihak MPP dan para pelajar.
- Untuk memberi informasi setiap perkara yang terlaksana di kolej serta
program-program yang telah dan akan berlangsung.
- Para pelajar juga boleh menyuarakan pendapat, idea ataupun rasa
ketidakpuasan hati terhadap perkara-perkara yang berkenaan.
- Memberi hebahan serta promosi kepada pihak luar (terutamanya) tentang
segala keistimewaan belajar di kolej ini.
- Menerangkan tugas-tugas setiap ahli MPP.


Diharapkan dengan tertubuhnya blog ini,
dapat memberikan manfaat yang berguna kepada para pelajar
KPTM IPOH.

Kami amat mengalu-alukan komen ataupun pendapat daripada anda.